Thursday, 31 March 2016

Tazkirah Zohor USB - 24/03/2016

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏️ Tazkirah Zohor USB - 24/03/2016

❤️ 15 Jamadil Akhir 1437

✨ بسم الله الرحمن الرحيم

📝 Hidup yang barakah

🌷 “Kita semua sentiasa hidup di dalam Nikmat Allah سبحانه وتعالى. Nikmat Mata, Kaki, Hidung dan sebagainya. Tetapi bagaimana kita nak bersyukur. Sesungguhnya Apabila seseorang itu dapat bersyukur akan Nikmat Allah سبحانه وتعالى, maka dia telah mendapat satu lagi Nikmat. Yakni nikmat Syukur.”

“Bagaimana kita nak kekalkan Nikmat Allah سبحانه وتعالى ini utk bersama dgn kita sepanjang Hayat? Maka apa kata Ahli Hikmah. Dengan Bersyukur kita boleh Ikat Nikmat itu, dan nikmat yang ada ini tidak akan lari daripada kita. Kerana nikmat yang paling tinggi apabila dapat melihat Wajah Allah سبحانه وتعالى. Matlamat kita didunia ini hanyalah semata mata ingin melihat Wajah Allah سبحانه وتعالى dan rasulullah ﷺ.”

“Allah سبحانه وتعالى berfirman Mafhumnya; "Ada beberapa manusia dihalau dan tidak boleh melihat wajah Allah سبحانه وتعالى di akhirat kelak. Jagalah matamu, bila Allah سبحانه وتعالى dah tarik balik nikmatNya. Nak lari mana kita dari Kekuatan Allah سبحانه وتعالى.”

“Niat yang baik, maka setiap nafas itu menjadi ibadah. Setiap ibadah itu ialah sentiasa dalam keadaan solat. Sesungguhnya ibadah yang paling tinggi ialah ibadah hati. Tetapi setiap ibadah itu berat melainkan kepada org yang Khusyuk. Ikhlaskan niat kamu, dan ikhlas kerana Allah سبحانه وتعالى. InshaaAllah, Allah سبحانه وتعالى murahkan rezeki Zahir dan Batin.”

“Dunia ini tempat Bermujahadah, bukan Roha (Rehat). Rasulullah ﷺ bertanya kepada Saidina Jibril عليه السلام. Ya Jibril. Pernah tak kamu ketawa? Saidina Jibril menjawab, saya ketawa hanya sekali sahaja, apabila seseorang manusia itu setelah dia Baligh, dia mencari sesuatu yang sesuatu itu tidak ada di dunia ini. Apakah itu, kata Rasulullah. Malaikat Saidina Jibril berkata, sesuatu yang dimaksudkan itu ialah Roha (Rehat).”

“Kalam ‘Ulama; "Kalau kamu nak tahu hari kamu itu ada Barakah atau tidak, sebelum tidur semaklah, ada tak Faedah atau Ilmu yang kamu dapat?” Walaupun hanya satu faedah atau satu ilmu yang kamu dapat pada hari itu, maka hari mu itu Penuh Barakah.“

"Mudah mudahan kita semua sentiasa hidup dalam keadaan ibadah, dengan barakah majlis ilmu, mudah mudahan Allah سبحانه وتعالى tambahkan lagi kita ilmu agar kehidupan kita sentiasa dalam keadaan barakah zahir dan batin.”

Daripada Sheikh Abdullah Al-Jahaf.

💝 اللهم صل على محمد وعل آل محمد

#DakwahUntukIslamTerhebat

74 Hari Lagi Ramadhan !

🎓 Cahaya Hidayah

No comments:

Post a Comment