▶ 5 Soalan Sahaja . Sila Tunggu Orang Pertama Isi Dan Seterusnya .
✅ Adalah Jawapan . Tidak Perlu Isi .
1- Assalamualaikum, kwn sy dia bertanya. Betul ke ada 4nabi yg jaga azan ?
✅saya tak pernah dengar
2- apabila di surau, mendengar tazkirah atau mengaji alquran mana yang perlu diutamakan? Ada dalil atau hadis mengenai ni?
✅ulama menggariskan untuk mendengar ilmu. Tiada hadis mengenai ini. Ulama mengambil daripada peristiwa nabi menerima wahyu. Nabi belajar membaca. Wallahua'lam
3-apa waktu paling sesuai utk qada'kan solat ? Selalunya kalau tertidur, wajib qada' kan. Tpi, katakan kalau org tu x solat sbb asyik sgt berjalan smpai jalan, dia masih boleh qada' kan ? Apa niat qada' solat ?
✅ untuk qada solat, tiada waktu tertentu.. bermakna tiada waktu haram untuk qada solat
✅ jika seseorang itu tertinggal solat contoh, atas sebab tertidur, dan tak jaga hingga habis waktu solat, dia boleh qada, bila2 masa sahaja(lebih baik segerakan)
✅ tetapi jika dia tinggal solat dengan sengaja atas sebab jalan2 dsb, maka dia wajib segera qada solat yang dia tinggal
✅ niatnya macam biasa, cuma gantikan أداء kepada قضاء..
4-Apa yg perlu kita buat utk hilangkan rasa takut,nervous,xsdp hati?
✅ perbanyakkan istighfar dan selawat
5-Macam mana nk move on? Macam mana nk lupakan kenangan yg kita cipta dengan org yg kita sayang?
✅ nak move on, dekatkanlah diri dengan Allah, mintak Allah bantu kita.. in sya Allah, Allah akan bantu, asalkan bersungguh2 dan bukan main2..
●●●
▶ 5 Soalan Sahaja . Sila Tunggu Orang Pertama Isi Dan Seterusnya .
✅ Adalah Jawapan . Tidak Perlu Isi .
1- apa y perlu si isteri buat bila mana dia tidak rasa sayang kepada suami nya?
✅ solat hajat & istiqarah minta pada Allah . Zikir ya latif untuk lembutkan hati . Dapatkan khidmat kaunseling .
2- apakah maksud murtad , dn boleh kah kalau kita guna ayat mcm nie sy dlm course quantity surveyor then bila degree nanti nak murtad pegi Architecture , boleh x guna perkataan tersebut ? Dn x batal akidah ke ?
✅ murtad bermaksud keluar . Kalau gunakan untuk yang lain xda masalah . Contoh "aku nak murtad dari malaysia" .
3-apakah poligami itu dibenarkan eventhough isteri(seorang muallaf) xsuka n mengugut si suami untuk keluar islam & boleh x berikan cara untuk mengatasinya?
✅ bila dalam islam poligami tetap dibenarkan . Cuma jganlah main ugut2 nk keluar . Bhya pada diri . Cuba buncang dengan baik . Dan kalau boleh elakkan dari berpoligami .
4-apa hukum prmpn muslim dn non muslim bersentuhan apabila dlm keadaan berwudhu' ? Batal ke x batal , dn kalau dlm keadaan x berwudhu' bleh kh bersentuhan ? Apa hukumnya ? Adakah dya sama mcm keadaan suami isteri ? Batal bila bersentuhan apa bila berwudhu' dn boleh bersentuhan apabila dlm keadaan x berwudhu'
✅ ada khilaf dalam bab ni . Ada yg mengatakan batal dan ada yang megatakan tidak . Namun pendapat terbesar mengatakan tiada masalah dalam bersentuhan bagi yg bukan islam ( sama jantina )
●●●
▶ 5 Soalan Sahaja . Sila Tunggu Orang Pertama Isi Dan Seterusnya .
✅ Adalah Jawapan . Tidak Perlu Isi .
1- adakah ilmu tasawwuf wajib di pelajari ?
✅Ya, wajib belajar ilmu tasawwuf kerana ia tergolong dalam golongan ilmu fardhu ain yakni fiqh, tauhid dan tasawwuf
2- apakah makna tauhid?
✅Mengesakan Allah, esa dengan makna Allah tidak berpasangan
الله وحده لا شريك له
3- sifat 20 wajib hafal x?
✅Hafal, tak perlu... Kena kenal dan ketahui dengan dalil, bila dan lazimi belajar dan ketahui dalil, maka gholibnya akan ingat
✅Hafal, tak perlu... Kena kenal dan ketahui dengan dalil, bila dan lazimi belajar dan ketahui dalil, maka gholibnya akan ingat
4- apakah sunnah yang paling di sukai rasullullah s.a.w
✅Dakwah
✅ pasal ni kena belajar hadith, sebab perbuatan yang nabi suka buat, nak kata bersugi pun boleh, kalau reti bahasa arab, boleh buka kitab syamail muhammadiyyah
5- apakah rukun ihsan
✅ iman , islam .
6- Knp semase kite tahiyat akhir kite kene sebut nabi ibrahim?? Leh tak sahabt?
✅ nama tasyahud akhir ialah selawat ibrahimiyyah
✅ Setelah Allah swt menciptakan manusia yang pertama iaitu Nabi Adam (as), kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam (as) adalah لا إله إلا الله محمد رسول الله, lalu Nabi Adam (as) bertanya kepada Allah (swt) tentang siapakah ‘Muhammad‘ itu????
Lantas Allah (swt) menjawab beliau (Muhammad saw) adalah penutup segala nabi dan rasul dan paling mulia di antara mereka semua (rasul). Umat nabi saw juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain..
Diceritakan bahawa Nabi Adam (as) berkata : Sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku, iaitu:
1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat...
2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian , meskipun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan berte lanjang...
3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya..
4. Aku berbuat kesalahan di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat....
Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad (saw) di sisi Allah (swt), Nabi Adam (as) memohon kepada Allah (swt) agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad (saw). Namun demikian, Allah (swt) menolak permintaan Nabi Adam (as) mentah-mentah...
Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain seperti Nabi Musa (as). Sehinggakan Allah (swt) sendiri menegur sikap nabi Allah Musa (as) agar redha dengan apa-apa yang dikurniakan oleh Allah (swt) kepadanya. Dalam banyak-banyak nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad (saw), hanya ada seorang nabi sahaja yang Allah (swt) perkenankan permohonannya tetapi bukan semua, hanya sebahagian daripada permohonan itu Allah (swt) terima....
Beliau adalah Nabi Ibrahim (as). Secara dasarnya, Allah (swt) tidak memperkenankan permohonan nabi Ibrahim (as) untuk menjadi umat Nabi Muhammad (saw) tetapi Allah (swt) menjanjikan kepada nabi Allah Ibrahim (as) yang nabi Muhammad (saw) akan lahir daripada salasilah atau keturunan nabi Ibrahim (as) sendiri dan nama nabi Ibrahim (as) juga akan meniti di bibir-bibir umat nabi Muhammad (saw) iaitu bermaksud nama nabi Ibrahim (as) akan selalu disebut-sebut oleh umat Rasulullullah (saw)....
Maka, atas sebab itulah kita SUNAT untuk menyebut nama Nabi Ibrahim (as) dalam solat lima waktu kita iaitu semasa bacaan tahiyat akhir seperti dijanjikan oleh Allah (swt) kepada nabi Ibrahim (as) seperti berikut:
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat....
اللهم صل على محمد وآل محمد
Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat....
Selawat Ibrahimiyah dalam Tahiyat Akhir adalah :
-Versi Syafie (Imam syaraf anNawawi: Syarah Muslim (4/123), anda hanya perlu membaca Selawat atas Nabi sahaja. Selawat atas keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah adalah sunat (optional)
-Versi Maliki dan Hanafi: sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi saw, keluarga dan ke atasn Ibrahim AS
-Versi Hambali: wajib selawat atas Nabi saw, keluarga dan selawat Ibrahimiyah (Fathul Bari: 9/163)
Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya disyiarkan dalam solat kita....
Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya disyiarkan dalam solat kita....
Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s. . Terdapat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. dan Imam Ibnu Khuzaimah r.a. yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar SAW itu....
.
Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.
Ibnu Taimiyyah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiyah....
.
Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.
Ibnu Taimiyyah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiyah....
7- Berikan 1 keistimewaan agama islam yang tidak ada pada mana-mana agama.
✅Iman
✅ islam adalah agama yang haq, bukan rekaan dan bukan jugak dongengan
8- Kenapa seorang itu mesti ada agama di dalam diri mereka.
✅Sebab hakikat diri manusia percaya ada sesuatu yang berkuasa
✅kerana agama itu batasan dalam perlakuan hidup manusia. Bak kata matsalleh, boundry, tanpa batasan manusia ialah binatang mungkin lebih teruk. Apabila manusia hidup tanpa GARISAN(BATASAN), bumi akan jadi huru hara. Contoh seks bebas pahtu beranak pahtu buang anak. Merompak, merogol, menculik dan sebagainya. Tapi ini kawe tuju pada agama islam, sbb agama lain x sama, agama lain siap bagi minum arak dan sebagainya jadi ia tidak syumul.
●●●
▶ 5 Soalan Sahaja . Sila Tunggu Orang Pertama Isi Dan Seterusnya .
✅ Adalah Jawapan . Tidak Perlu Isi .
1-apa hukum bersalam dengan bapa saudara tiri
✅ harus/makhruh / haram - ikut mazhab dan pendapat ulama . Trlalu panjang nak dihurai
2- Betul ke doktor ramai yg gila tp, dye blh kawal kegilaan dye tuh sbb dye tahu bila mase dye akan gila??
✅ wallahua'lam
3-kalau kita memutuskan silaturrahim sesama islam, berdosa dan tidak cium bau syurga ..kalau dlm situasi dimana seseorg itu bermasam muka dan tidak bertegur sapa dgn pihak kedua , tetapi pihak kedua itu sering menegur dan berbaik2 dgn seseorg itu, cuma lama kelamaan pihak kedua tersebut mengambil langkah berdiam diri sahaja kerana sering kali berasa kecil hati apabila stiap kali ingin bertegur sapa , dia sering kali mndpt jelingan atau yg seangkatan dgn nya.. Pd pendapat ustazah , adakah pihak kedua tersebut berdosa krna memutuskan silaturrahim??
✅ tidak . Allah lebih tahu , wallahua'lam .
4-kenapa sukar bangun utk solat tahjud walaupn jam dah kunci,xdengar.walhal sebelum ni mudah sahaja
✅ mungkin lupa niat . Cuba niat dan amalkan wuduk dan baca yang patut
5- Apa maksud secara terperinci husul(tiba makna dalam diri ) dan wusul (tiba diri dalam makna)
✅ Maaf Admin tak tahu
✅ Maaf Admin tak tahu
●●●
▶ 5 Soalan Sahaja . Sila Tunggu Orang Pertama Isi Dan Seterusnya .
✅ Adalah Jawapan . Tidak Perlu Isi .
1- apakah hukum sekiranya menderma menggunakan duit pnjm dari kawan ..adakah kwn kita yg dpt pahala sedekah?
✅ jika dia pulang duit kita . Kita n dia dapat pahala kerana kita asbab dia bersedekah . Kalau dia tak pulang insyaAllah phla kpd kita .
2-kalau kita niat sembahyang kan...mulut kita lafaz Allahuakbar...hati niat kan...camner kl mulut kita dah habis cakap Allahuakbar...hati kita lmbt skit niat kerana Allah...maksudnya lafaz habis dulu br niat...x serentak....boleh x
✅ xda masalah . Kalau dah takbir baru nak niat pn xde masalah . Sbb ulama pernah muzakarah bab ni .
3- Nak tnyaa , contohnya lah kita nampak kawan kita tuh jalan berdua dgn pasangannya . tetapi di tempat org ramai , then kita ambil gambar dorang , masukkan dlm group . lpas tuh dri sorg thuu , terus semuaa dlm group tuh boleh tahuu . soalannya , adakah dengan cara kita tuh telah membuka aibnya ?
✅ ya
4-Bolehkah solat mendahului azan? Mksdnya,kita tau wktu solat pukul brp tp azan lambat 2minit dilaungkan?
✅ kalau kita dah yakin dgn masuk waktu maka xda masalah . Lagi 1 masa bukan penentu masuk wajtu solat . Masa ni untuk memudahkan kita sahaja .
5-apa hukum bermain kutu utk program pelaburan emas?
✅ tiada masalah jika semua dapat pulangan
✅ tiada masalah jika semua dapat pulangan
●●●
▶ 5 Soalan Sahaja . Sila Tunggu Orang Pertama Isi Dan Seterusnya .
✅ Adalah Jawapan . Tidak Perlu Isi .
1- Boleh ke perempuan memakai rantai yg tertulis kalimah الله ?
✅ tidak . Sebab dikhutari terlupa dan dibawa ke tandas .
2-boleh ke kita x tegur orng lebih 3 hari?di sini x tegur bkan sbb x nak berkawan tpi dah malu nak tegur dia mcm biasa.minta pencerahan.
✅ tak tegur sebab x suka x blh . Tapi kalau sbb malu krna prbezaan jantina atau faktor lain maka dimaafkan . Namun kena juga tegur untuk pastikan ukhwah sentiasa baik . InsyaAllah .
3- Apakah Hukum wanita memakai inai corak dtangan ad yg mengatakan ianya sepeerti tato dan sbaliknya
✅ Harus pakai inai, tiada dalil yang mengharamkan pakai inai, cuma coraknya jangan bermotifkan binatang atau haiwan. Wallahua'alam
4- boleh sya tau , apakah masuk tersirat di sebalik kalimah syahadah ? Mohon pencerahan .
✅ sebuah kitab tauhid itulah makna syahadah
5-Ada berapakah rupa syahadah?
✅ jenis2/rupa syahadah tu, orang belajar tasawwuf lebih mengetahui ada berapa jenis
●●●
▶ 5 Soalan Sahaja . Sila Tunggu Orang Pertama Isi Dan Seterusnya .
✅ Adalah Jawapan . Tidak Perlu Isi .
1-sy nk tnyaa... andaikata tgn kita trkena pen @ maker pemenent@liquid , pastu kita basuh ,tak hilang3 jgk, sampai wktu solat pon dh hujung3 , nk wat cm mna, boleh ke solat je dgn keadaan tgn mcm tu, yg masih ade liquid @ pemenent @pen..
✅ jika pen/marker, tak jadi masalah untuk berwudu' dan sah wudu' jika berwudu' dengan sempurna, asalkan pen dan marker itu bukan pen/marker minyak.. jika liquid paper, jika betul2 cuci, ia akan keluar.. takda alasan untuk jadikan liquid tu sebagai asbab tak boleh berwudu' untuk solat. Jika dia nak, maka tiada alasan, yang jadi banyak alasan ni bilamana dia buat sebab terpaksa. Wallahua'alam
2-Dalam kita b'prgrm dlm krja2 volunteer, dlm kita mahu @ pn tidak kita tetap akn b'urusan dgn pihak muslimin yg melibatkn urusan kerja.. bagaimanakah utk sentiasa tetap m'jaga ikhtilat kita semasa dlm waktu b'kerja b'sama2 ini?kenapa susah sgt hendak m'jaga ikhtilat ini even kita rasa kita dah cuba utk jaga ianya sehabis baik kita.?
✅ semua pihak perlu memainkan peranan . Tegas dalam penjagaan ikhtilat . InsyaAllah semua akan terjaga .
3- dia keje hotel yg besar. Bhagian office. Masalahnya, hotel tu ada serve arak kat cust. Status gaji?
✅ status gaji diragui. Cuba cari kerja lain atau bersangka baik bahawa duit yang digunakan di bahagian arak diasingkan. Wallahua'alam
4-Seseorang pekerja stesen minyak nih ,dia dpt thu yg stesen minyak tu trima rasuah, pastu hati dia rasa tak tenang sbb nnti takkan dia nak bgi anak2 dia makan dari gaji yg stesen minyak dia terima yg terkandung dalam tu duit rahsuah, so apa caranya supaya dia nk elak dari rahsuah tu dan patutkan dia mengambil tindakan berhenti kerja dari stesen minyak yg tarima rasuah tu?
✅ yang terima rahsuah adalah syarikat . Bukan kita . Kita dapat hasil gajindari hasil kerja kita . Tanggungjwab kita tegur majikan . Jika tak didgri maka lebih baik ambil tindakkan brhnti . Jgn khuatir . Rzki Allah Maha luas .
5-bagaimana kita sebagai anak ingin memainkan peranan dalam menangani masalah ibu bapa sedangkan kedua mereka enggan memberikan kerjasama. Adakah menyimpan suara hati untuk ibu bapa berpisah itu berdosa kerana rasanya itu adalah jalan penyelesaian
✅ slow talk personal dengan keduanya dgn cara baik . Cara terakhir dgn mendoakan mereka .
●●●
▶ 5 Soalan Sahaja . Sila Tunggu Orang Pertama Isi Dan Seterusnya .
✅ Adalah Jawapan . Tidak Perlu Isi .
1-bagaimanakah seorg yg bisu dan pekak sejak lahir , boleh diajar utk membaca surah al fatihah ?
✅ sekarang ni, ada macam2 teknologi, jadi boleh gunakan teknologi tersebut. Contoh alat bantu pendengaran bagi orang pekak, dengan alat bantu pendengaran tu, golongan yang pekak dapat mendengar. Selalunya orang yang tidak mendengar, tak dapat bercakap.. bukan bermakna bisu.. jadi dengan alat tersebut, kita dapat bantu dia bercakap juga
2-Yg mana satu yg betul di antara "Waalaikumussalam" atau "Waalaikumsalam" ?
✅ tiada masalah dari segi ejaan bahasa melayu, dalam arabnya ejaan begini وَعَلَيكُمُ السَّلَامِ
3-Sya ada soalan apa hukum lelaki buat rambut botak tepi? Ada yg cakap nabi xsuka rambut camtu..jadi apa hukumnya?
✅ jika qaza maka tidak dibenarkan . Jika tidak seperti cukur atau botak keseluruhan maka dibenarkan
4-Assalamualaikum, nk tanya yg mana perlu buat dulu solat tahiyatul masjid ke atau solat sunat qabliyah setelah azan. Cth solat zuhur
✅ tahyatuk masjid dahulu . Baru qabliyah . Dan baru solat zohor . Penutup barulah baqdiyah .
5-Assalamualaikum,nk tanya...tentang perasaan was2...contoh mndi junub,selesai mndi junub tbe2 ada prasaan was2 tkot ada anggota x kena air,adakh perlu mndi smula & mcm ne lau perasaan was2 ni dtng lg
✅ perlu mandi semula . Jika was2 lagi.. kalau tak salah saya ada nabi pernah bersabda, jika was2 berterusan, maka lebih baik orang yang gila.. wallahua'alam.
●●●
▶ 5 Soalan Sahaja . Sila Tunggu Orang Pertama Isi Dan Seterusnya .
✅ Adalah Jawapan . Tidak Perlu Isi .
1-Apa rukun Doa qunut. Adakah batal solat jika x membaca doa qunut dan tidak melakukan sujud syahwi?
✅ doa qunut adalah sunat ab'ad. Sunat yang dituntut. Tapi tak bermakna batal solat jika tak baca doa qunut atau terlupa sujud sahwi
2-Apakah solat itu sah kiranya niat untuk solat maghrib tapi lakukan solat isyak dan waktu itu memang solat untuk isyak maka kita melakukan solat 4 rakaat...
✅ jika tersalah niat maka dimaafkan . Sebab niat adalah dari yang paling awal . InsyaAllah .
3-Apakah hukum mendoakan orang bukan islam mendapat hidayah selepas solat setiap hari?
✅ doakan non muslim untuk dapat hidayah tak mengapa kerana Rasulullah sendiri mendoakan bapa saudaranya abu talib supaya Allah berikan hidayah kepadanya. Wallahua'alam
4- Apakah hukum jika non muslim bertanyakan tentang Islam seperti kenapa kena pakai tudung, kenapa kena solat dan sebagainya dan org islam tersebut tidak dpt menjawab kerana kejahilannya tentang agama?
✅ tiada hukum . Jika yg menjawab itu jahil maka haruslah untuknya menyuruh mereka yang bertanya itu merujuk kepada yang lebih arif . InsyaAllah .
5- apakah hukum jika non muslim ingin melihat orang Islam solat tetapi dihalang dan dimarah oleh orang Islam?
✅ tiada masalah untuk non muslim tengok kita melakukan ibadah, yang silapnya bila kita marah, kerana daripada itu.. kita akan membuka persepsi negatif tentang islam kepada orang bukan islam. Wallahua'alam.
6-Nak tanya..macam mana kalau kita berkawan dengan org yg bukan islam..apakah perkara yg perlu kita jaga??
✅ ikhtilat dan adab . Kerana ianya melambangkan bagaimana kita menjaga Islam .
7-Boleh beri lebih penjelasan,? Ana x paham yg d maksdkn Tinggal rukun rakaat Tu wajib sujud syahwi? Adakah membawa maksud solat 4 rakaat tp terbuat 3 rakaat?
✅ itu adalah satunya . Yang lain seperti tertinggal doa qunut , tahyat awal dan lain2 yg digariskan para Ulama , wallahua'lam
No comments:
Post a Comment