Thursday, 31 March 2016

Tazkirah Dhuha USB - 24/03/2016

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏️ Tazkirah Dhuha USB - 24/03/2016

❤️ 15 Jamadil Akhir 1437 Hijrah

✨ بسم الله الرحمن الرحيم

📝  SUATU KISAH IMAM AL GHAZALI

💡DI DALAM sebuah Ceramah Al Musnid Al Allamah Al Arif Billah Al Hafidz Habib Umar bin Hafidz telah menceritakan bahawa Al Imam Hasan As Sadzili salah seorang Ulama Tabi'in pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW.

💡Di dalam mimpinya beliau melihat Rasulullah SAW duduk di tempat yang lebih tinggi dikelilingi Para Nabi dan Rasul, Para Sahabat Nabi, Para Siddiqin, Para Solihin, Para Syuhada dan Imam-Imam Besar.

💡Di dalam Majlis itu, Nabi Musa AS telah bertanya kepada Rasulullah SAW:

💡“Ya Rasulullah SAW, apakah maksud Hadis, Ulama-ulama di kalangan umatku seperti Nabi-Nabi Bani Israel?”

💡Maka Rasulullah SAW pun memanggil Imam Ghazali dan memperkenalkannya kepada Nabi Musa AS:

💡“Ini adalah salah satu Ulama di masa kami yang bagaikan Para Nabi di masa kalian.”

💡Nabi Musa AS telah bertanya kepada
Imam Al Ghazali:

💡“Siapakah nama mu”.

💡Maka Imam Ghazali pun menjawab:

💡“Namaku ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Hamid Al Ghazali. Atau yang lebih dikenal Imam Ghazali At Thu'usi."

💡Nabi Musa A.S berkata:

💡“Aku bertanya nama mu sahaja, kenapa kau menyebut nama ayah dan datuk mu."

💡Imam Al-Ghazali meminta izin dari Rasullullah untuk menjawab persoalan dari Nabi Musa Kalimullah. Selepas mendapat keizinan maka Imam Al-Ghazali pun menjawab:

💡“Bukankah Allah telah bertanya kepadamu, dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa? (Surah Toha:17), dan

💡Nabi Musa menjawab:

💡"Ini ialah Tongkatku, aku bertekan atasnya semasa berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain keperluanku pada Tongkat itu."
(Surah Toha:18)

💡Nabi Musa lantas berkata:

💡“Tuhan itu adalah Kekasih kita, maka aku mengambil peluang itu untuk bercakap panjang lebar denganNya lantaran rasa kerana senang, nikmat dan lazat dapat bercakap dengan Tuhan."

💡Maka Imam Ghazali pula mengatakan:

💡“Begitulah aku, kamu juga adalah Kekasih aku, maka aku juga mengambil kesempatan untuk bercakap panjang lebar denganmu."

💡Rasulullah SAW berkata:

💡“Wahai Musa, apakah ada Ulama di masa kamu bagaikan Nabi di masa kami?”

💡Nabi Musa AS menjawab:

💡“Tidak ada Ya Rasulullah.”

💡* Petikan Kitab : Risalatul Jam'iyah Karya Al Habib Ahmad bin Zain Al Habsyi

💝 اللهم صل على محمد وعل آل محمد

#DakwahUntukIslamTerhebat

🎉 74 Hari Lagi Ramadhan !

🎓 Admin Farhan / Salam Hadrah

No comments:

Post a Comment