💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫
✏️ Tazkirah Maghrib USB - 21/02/2016
❤️ 13 Jamadil Awal 1437 Hijrah
📝 Tazkirah Ringan
Wahai perempuan,
Bila ada lelaki bersikap baik padamu anggap saja itu perkara biasa.
Sebab memang naluri seorang lelaki bersikap baik pada perempuan.
Bila bukumu jatuh dan dia tolong ambilkan, itu normal. Tak ada yang
special. Jangan perasan.
Bila bertemu di jalan dan dia mengucapkan
salam, bukan bermakna dia tertarik tetapi dia sedang menjalankan
sunnah.
Bila diantara kawan²mu hanya kamu yang disapa, jangan
perasan. Mungkin kebetulan cuma nama kamu yg dia ingat.
Kebetulan. Jangan perasan.
Bila satu masa dia balas chat kamu dgn
emoticon senyum atau gembira, bukan bermakna dia ada perasaan
dengan kamu, mungkin emoticon tu sekadar untuk mencairkan suasana.
Cukup itu saja. Jangan perasan.
Kadang rasa kecewa tu datangnya daripada kita
sendiri sebab kita selalu keliru dalam mentafsir sikap lelaki. Memang lumrah
seorang perempuan mudah terbuai oleh perasaan.
Oleh itu wahai lelaki, bila ada perempuan yang sedang bersedih, jangan kamu datang untuk
menghiburkannya. Jangan biarkan dia perasan. Tak perlu tawarkan
bantuan bila kau lihat dia boleh melakukan sesuatu kerja sendiri
atau bila kawannya boleh membantu. Jangan biarkan dia perasan. Jangan
bergurau dengannya tentang soal hati...
bergurau tentang perasaan dengan seorang
perempuan bukanlah sesuatu yang lucu. Jangan biarkan dia perasan. Jaga
kehormatan seorang perempuan dengan tidak bersikap manis pada
mereka kerana banyak perkara yang tidak disengajakan boleh mnyebabkan
mereka perasan...
#kenaTakeNote diri sendiri dan bersama☺️
#DakwahUntukIslamTerhebat
🎓 Naqibah Petunjuk Kebenaran @c/p
No comments:
Post a Comment