Wednesday, 24 February 2016

Tazkirah Asar Usb - 21/02/2016

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏️ Tazkirah Asar Usb - 21/02/2016

❤️ 12 Jamadil Awal 1437 Hijrah

📝 [USRAH]

"Mende la nak usrah-usrah bagai ni leceh la!"

"Takpela kita pergi je saja nak amek hati naqib"

"Ekeleh budak usrah ni acah2 baik je"

Usrah ni apa ye? Kita berkenalan jap ngan usrah ni.
Rukun Usrah ada 3 iaitu:
Ta'aruf(mengenali),
Tafahum(memahami),
Takaful(membantu).

Usrah ni banyak manfaatnya dan dia juga boleh jadi tidak elok. Apa maksudnya sini? Di sini la tempat-tempat kongsi pengalaman tarbiah, bercerita masalah masing-masing dan berkongsi ilmu niatnya kerana Allah S.W.T. Apa yang kita dapat masa usrah tu kita aplikasikan kat diri kita dalam kehidupan seharian.

"HIPOKRIT LA ACAH2 BAIK!"

Hipokrit ke? Eh tak ye, apa salahnya menjadi baik? Bukankah kita kena kembali kepada ajaran Islam sebenar? Menjadi jahat la sebenarnya hipokrit ye. Bila orang kata kita acah-acah baik la,takpe kita berusaha selagi boleh untuk tinggalkan jahilliyah kita,sikit demi sedikit inshaAllah dipermudah segala urusan. Biarlah apa orang kata,tetap bersabar dalam perjalanan kita.

"Kata ikut usrah,tapi..."

Ini pun sering kali kita dengar kan? Jangan bersedih,kita pun manusia juga,hari ni ikut usrah esok jadi malaikat? Eh tidak, tapi jangan pernah berputus asa untu berubah. Kata-kata insan tu kita ambik jadi perangsang untuk kita berubah dan terus kuat! Nak buang jahilliyah bukan senang tapi tidak mustahil.

"Ala kalau keluar/tidak ikut usrah pun asal kita teruskan amal okay je nak okit buat apa? Nak escape la usrah"

Betul~ kalau kita tidak ikut usrah tapi saling mengingati,bergerak dalam kumpulan, sampaikan ajaran nabi kita, kekalkan mutabaah kita apa salahnya? Kan? Tapi yakin ke kita dapat buat cmtu? Cuba fikir balik dalam seminggu berapa kali kita buka Al-Quran? Berapa kali kita puasa sunat? Berapa kali kita solat sunat? Sedekah? Banyak tak amal kita dari dosa kita buat? Banding kan denga berapa kali kita mencarut?mengumpat? Berdua-dua lelaki perempuan? Usrah ni banyak mengingatkan kita jugak,bila orang kata budak usrah kita pun secara tak langsung akan cuba elakkan diri kita dari buat benda-benda yang jahil. Bukankah tu lagi baik? ..

"Budak ni ikut usrah tapi judge orang tak habis2 lah geramnya!"

Ni bukan masalah usrah itu tetapi masalah individu tu sendiri, kalau dia betul-betul faham kenapa dia nak kutuk orang? Sedangkan dia boleh bawak orang ke arah lebih baik. Orang yang ikut usrah pun kena tahu, kita ikut usrah bukan sebab nak mengadili orang,kita nak berubah ke arah lebih baik,lantas mengajak orang ke arah yg lebih baik,cek balik iman kita,cek balik amal kita ye. Usrah itu sendiri boleh jadi kitaran yang sia-sia apabila kita datang usrah kosong tanpa ada niat kerana Allah dan tidak aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

"Keluarga kedua"

Bila berjauhan dari keluarga,usrah ni la tempat kita mengadu,tempat kita bercerita,gurau-gurau,tolong bila kita susah, usrah inila yg ada dengan kita semasa kita susah mahupun senang,jangan malu hendak berkongsi masalah kita, jadikan usrah kita tu sesuatu yang istimewa buat kita,yang membina kita,usrah ini seronok ke tidak bergantung kepada kita. Hargailah ukhwah antara satu sama lain.

"Dari Anas R.A, dari Nabi S.A.W bersabda "tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian,sebelum ia mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"

- kak mumus ❤️

#DakwahUntukIslamTerhebat

🎓 Naqibah Cahaya Hidayah

No comments:

Post a Comment