๐ซ Usrah Sinaran Bahagia ๐ซ
✏️ Tazkirah Dhuha Usb - 9/11/2015
๐ Tolong Tanyakan Allah Tentang Ana ๐
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.
Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
“Yaa Rabb,
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami”.
Maka Allah berfirman:
“Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah”.
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab “Az-Zuhd”).
Al-Hasan Al-Basri berkata:
“Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa’at pada hari Kiamat nanti”.
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
“Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
“Wahai Rabb Kami,
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu”.
SAHABAT Ku, andai ana tiada di syurga bersamamu nanti,tolong tanyakan Allah tentang ana ๐
๐ Admin Farhan / Salam Hadrah
No comments:
Post a Comment