Thursday, 4 February 2016

Perkongsian sirah: Srikandi Islam

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏️Perkongsian sirah: Srikandi Islam

📝 Maryam. Wanita mulia yg terpilih

👉🏻 Nama MARYAM disebutkan dlm satu surah al-Quran iaitu " Surah Maryam" .

Beliau ialah salah seorg wanita yg diciptakan oleh Allah swt utk menjadi pedoman wanita di sepanjang zaman. Beliau juga satu-satunya wanita yg melahirkan anak tanpa proses perkahwinan.

Maryam merupakan ibu kepada Nabi Isa a.s. dan menjadi peribadi yg penting dlm agama Yahudi, Nasrani (Kristian) dan Islam. Walau bagaimanapun , sumber Islam paling tepat menggambarkan sejarah hidup Maryam

💖Bukan Isteri Tuhan💖
Agama Kristian percaya kpd konsep TRINITI iaitu Allah adalah tiga dlm satu :

☺️ayah
☺️anak
☺️tuhan

Keyakinan ini disangkal oleh Allah SWT melalui firman-Nya  dlm al-Quran  bahawa Allah SWT tidak mempunyai anak dan diperanakkan. Malah , Maryam ialah hamba Allah yg terpilih utk mengandungkan dan melahirkan Nabi Isa a.s. tanpa berkahwin


Sebagaimana Allah SWT menciptakan Nabi Adam a.s.  begitu juga tidak mustahil bgi Allah Swt menciptakan Nabi Isa a.s.


 Maryam lahir drpd keluarga yg mulia sbgaimana firan Allah SWT :-
🍄Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat ( yg ada pda zaman mereka masing-masing
( surah ali  imran : ayat 33)

💖Doa dimakbulkan 💖
Ibunya bernama Hannah dan bapanya Imran. Maryam juga ialah anak saudara kpd Nabi Zakaria a.s. Sebelum mengandungkan Maryam, Hannah berdoa kpd Allah Swt agar mengurniakannya anak.

Dia bernazar 😓jika doanya dimakbulkan Tuhan, dia akan menjadikan anaknya sebagai abid👳 ( org yg beribadah dan memperhambakan diri kpd Allah ) di Mihrab sprti dirakamkan al-Quran yg bermaksud :-

🍄" Ingatlah ketika isteri Imran berkata : "Tuhanku ! Sesungguhnya aku nazarkan kepada-Mu anak yg ada dalam kandunganku sbgai seorg yg bebas ( dari segala urusan dunia utk berkhidmat kpda - Mu semata- mata) , maka terimalah nazarku:- Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar , lagi Maha Mengetahui."

(Surah ali-Imran :ayat 35 )
[
Doa Hannah dimakbulkan Allah SWT . Walau bagaimanapun, Hannah dan Imran terkejut kerana anak mereka seorg wanita. Hannah menamakan anaknya dengan nama Maryam dan dia tetap menunaikan nazarnya kpada Allah SWT. Maryam dihantar utk mengabdikan diri di rumah ibadah di Jerusalem (PALESTINE) 🇯🇴 Hannah juga mendoakan agar Maryam dan keturunannya dipelihara drpd godaan syaitan yg terkutuk.

 💖REZEKI DARI ALLAH 💖

Nabi Zakaria a.s . , bapa saudara Maryam sering menziarahi dan mengambil berat ttg Maryam. Baginda juga membuat satu bilik utk Maryam di rumah ibadah yg dipanggil mihrab.

Suatu ketika, Nabi Zakaria a.s. melihat ada buah- buah 🍓🍎🍉🍇di Bilik MAryam sedangkan Maryam tidak berhubungan dengan manusia luar selain dirinya.

Dialog Maryam dan Nabi Zakaria a.s. diabadikan Allah SWT dlm al-Quran yg bermaksud :

🍄"Maka dia (Maryam) diterima oleh Tuhan-Nya dengan penerimaan yg baik, dan dibesarkan dgn didikan yg baik, serta diserahkan utk diperlihara oleh NAbi Zakaria. 🍄

Setiap kali Nabi Zakaria masuk menemui Maryam di Mihrab, dia dapati rezeki ( buah- buahan yg luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya, " Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan ) ini??

Maryam menjawab :
Ini adalah dri Allah, Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kpd sesiapa yg dikehendakinya dgn tidak di hisab "

(Surah ali-Imran :- ayat 37)

✨ KESIMPULAN ✨

Begitulah ceritanya kakak2 dan adik2, betapa istimewanya kehidupan Maryam sejak kecik. Kalian bole membaca kisah lanjut Maryam dlm Surah Ali -Imran dan Surah Maryam. Smoga kita dpt mengambil ibrah drpd wanita mulia dan terplih ini. InshaaAllah.

Waallahualam

#DakwahUntukIslamTerhebat

🎓Naqibah Hidayah Hamdan

No comments:

Post a Comment