عن سلمان بن عامر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((الصَّدَقَةُ عَلَى المِسكينِ صَدَقةٌ، وعَلَى ذِي الرَّحِمِ ثِنْتَانِ: صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ)). رواه الترمذي، وَقالَ: (حَدِيثٌ حَسَنٌ).
TERJEMAHAN :
Dari Salman bin 'Amir رضي اللّه عنه daripada Nabi صلى الله عليه وسلم sabdanya: "Memberi sedekah kepada orang miskin mendapat (ganjaran) bersedekah. Manakala memberi sedekah kepada kaum kerabat mendapat pahala bersedekah dan menjalinkan hubungan kekeluargaan." (Mafhum HR At Tirmidzi, katanya hadith hasan)

PENGAJARAN
1. Memberi bantuan dalam bentuk sedekah, derma, zakat dan sebagainya kepada kaum kerabat terhampir adalah berganda ganjarannya iaitu mendapat pahala sedekah dan pahala menghubungkan silaturahim,
2. Memberi zakat kepada anggota keluarga yang tergolong sebagai asnaf zakat adalah dibenarkan dengan syarat mereka bukan di bawah tanggungan kita seperti adik beradik, bapa/ibu saudara, anak saudara, sepupu dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment