Thursday, 31 March 2016

Tazkirah Isyak USB - 31/03/2016

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏️ Tazkirah Isyak USB - 31/03/2016

❤️ 23 Jamadil Akhir 1437

✨ بسم الله الرحمن الرحيم

📝 Perkongsian Hadis

💡Daripada Jabir RA lagi katanya, “Bahawa Rasulullah SAW biasanya berjalan dibelakang sekali di dalam sesuatu perjalanan, Baginda menolong orang yang lemah mendapatkan rombongan dan menumpangkan ke atas kenderaan yang dinaikinya serta mendoakan untuknya”.

💡Rasulullah SAW sangat bertawadhuk dan mengambil berat dengan keadaan para sahabatnya dan juga kepada orang yang lemah dalam semua keadaan.

💡Islam menuntut kepada setiap orang Islam agar mendoakan kepada saudaranya yang lain supaya beroleh kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.

💡Seorang ketua hendaklah memeriksa keadaan jemaahnya yang lemah dan memenuhi keperluan mereka.

💡Sunat berdoa untuk orang yang lemah dan hilang semangat.

💝 اللهم صل على محمد وعل آل محمد

#DakwahUntukIslamTerhebat

🎉 66 Hari Lagi Ramadhan !

🎓 Admin Farhan / Salam Hadrah

No comments:

Post a Comment