๐ซ Usrah Sinaran Bahagia ๐ซ
✏️ Usrah USB -25/01/2016
❤️ 15 Rabiul akhir 1437 Hijrah
๐ S Y U K U R ๐
๐ Kita adalah hamba ALLAH. Layaknya seorang hamba itu bersifat syukurnya lebih daripada terus dan terus mengeluh. Mengapa ? Kerana syukur itulah yang menandakan kita ini hamba. Kerana lawan kepada syukur itu adalah kufur.
๐ Andai dihitung nikmat yang ALLAH beri, pastinya semua itu akan membuat kita lebih bersyukur setiap masa sehingga tidak ada satu pun keluhan dibibir ini. Namun, mengapa kita masih rasa mengeluh ? Adakah kerana kita lupa nikmat-Nya?
๐ Ayuh sahabat2 syurga sekalian, kita renungkan sebentar firman ALLAH yang sering diulang-ulang dalam surah Ar-Rahman.
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"
๐ ALLAH bagi makan, ALLAH bagi hidup, bagi nafas, bagi kita kawan, bagi kita ibu ayah, banyak sungguh ALLAH beri. Malah dalam diri sendiri sahaja, andai kuku dicabut, maka terlalu banyak nikmat itu tercabut. Nikmat-Nya itu tidak terhitung.
๐บ Oleh sebab itulah, kita kena sentiasa bersyukur. Setiap yang ALLAH beri itu punya hikmah. Maka carilah ia, jangan sesekali kita bersangka buruk dengan ALLAH. Andai ada kemahuan kita tidak tertunai, maka janganlah mengeluh.
"ALLAH MUNGKIN TAK BERI APA YANG KITA MAHU, NAMUN ALLAH SENTIASA BERI APA YANG KITA PERLU"
๐ป Jom sahabat2, kita muhasabah. Adakah kita sudah menjadi hamba-Nya yang bersyukur?.
๐ฆMoga kita menjadi hamba ALLAH yang bersyukur.
Syukur Jangan Kufur
Moga ALLAH redha ✊๐ป
#UnitDakwahTarbiyyahANAS
#DakwahUntukIslamTerhebat
๐Naqibah Cahaya Mata @ c&p
No comments:
Post a Comment