Tuesday, 9 February 2016

Usrah USB - 11/01/2016

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏️ Usrah USB - 11/01/2016

📝 Urusan Dunia Tidak Melalaikan Wanita Daripada Urusan Akhirat

Menurut firman Allah dalam surah al nur ayat 37 yang bermaksud :
" Orang yang tidak dilailaikan oleh perdagangan dan Jual beli daripada mengingati Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang( hari kiamat).

Nabi Muhammad bersabda: Berusahalah seperti usaha orang yang mengira bahawa ia tidak akan mati selama-lamanya dan bersiaplah seperti persiapan org yang takut akan mati hari esok." (Hadis Riwayat Al Baihaqi daripada Ibnu Auz).

Urusan duniawi dan urusan ukhrawi kedua-duanya sama penting dalam Islam. Seorang Muslim harus pandai menciptakan keseimbangan antara kedua-dua urusan itu. Jangan sampai salah satu diantara keduanya di kalahkan oleh yang lain. Melailaikan urusan akhirat kerana mementingkan  urusan dunia ialah dilarang sebagaimana firman Nya dalam surah al Minafiqun 63:9 yang bermaksud :
" Wahai orang- orang yang beriman ! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak- pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya) Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

Kesimpulannya, kedua- dua ayat ini ialah orang -orang yang sentiasa mengingati Allah, berzikir menyebut namaNya, mengerjakan solat dan menunaikan zakat. Tidak ada satu pun urusan duniawi yang boleh melalaikan daripada kewajipan terhadap Tuhannya kerana dia sentiasa ingat dan taat memikirkan akhirat yang dasyat yang penuh kesulitan. Mereka itu redhai oleh Allah dan beroleh pancaran nut Ilahi.( Departemen Agama RI, Al Qurannulkarim wa Tafsiruhu, jilid 6,2009: 609,610)..

#DakwahUntukIslamTerhebat

🎓 Naqibah Cahaya Mata

No comments:

Post a Comment