Monday, 8 February 2016

Usrah USB - 04/01/2016

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏️ Usrah USB  - 04/01/2016

📝 Pembahagian Jihad

💝 Jihad ialah istilah yang sangat luas bahkan merangkumi seluruh kehidupan, berdasarkan firman Allah: " berhijadlah kerana Allah dengan sebenar- Benar jihad".
(Surah al hajj: 78)

Para ulama membahagikan jihad Kepada beberapa bahagian :

📔Jihad Ilmu
- dalami ilmu terlebih dahulu supaya menjadi tonggak kekuatan. Berjuang tanpa ilmu akan menyebabkan kerosakan lebih daripada kebaikan, sebagaimana kata Umur bin Abdul Aziz. Pertama  dengan memahami isi al quran dan hukum-hakam. Kedua, akhlak bagi mensejahterakan alam ini.

😊Jihad Lisan
-Selepas menuntut ilmu, ia wajib disusuli dengan amar makruf nahi mungkar dan dakwah yang berhikmah.

❤️ Jihad Hati & Nafsu
- Jihad ini memerlukan mujahadah melawan kehendak hawa nafsu yang gemarkan penyelewengan dan pekara haram. Oleh itu, ia mesti diuruskan dahulu dengan penuh kesabaran.

💪🏻 Jihad Tangan
- Ia dilaksanakan dengan menginfakkan harta sumbangan dan tenaga kepada jalan Allah dengan penuh kebijaksanaan.

😉 Jihad Peperangan
- Kemuncak kepada jihad apabila keadaan mendesak untuk mempertahankan maruah Islam, nyawa, kehormatan dan harta daripada dicerobohi pihak yang tidak bertanggungjawab.

😍Jihad Ribath
- Mengawal kawasan yang mungkin diserang musuh. Ia adalah proses berjaga-jaga bagi menjamin keselamatan negara dan umat daripada serangan musuh.

#DakwahUntukIslamTerhebat

🎓 Naqibah Cahaya Mata

No comments:

Post a Comment