💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫
✏️ Tazkirah Subuh USB - 18/01/2016
❤️ 8 Rabiul Akhir 1437 H
📝 Hikmah Mendirikan Solat
Mengerjakan solat ialah bentuk keyakinan yang telah tertanam di dalam hati orang yang mengerjakannya dan menjadi bukti bahawa dia menyakini bahawa dirinya sangat tergantung kepada Allah. Oleh kerana itu, bsrusaha sekuat tenaga untuk melaksanakan perintah- perintah Allah dan menjauhi larangan - larangan Nya , sejajar dengan bacaan suruh Al fatihah ,1:6-7 dalam solat { Tunjukkanlah kami jalan yang lurus , (iaitu) jalan orang - orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) orang - orang yang dimurkai , Dan bukan pula jalan orang - orang yang sesat}. Doa itu sentiasa diingatnya sehingga ia tidak berhasrat sedikit pun untuk mengerjakan perbuatan- perbuatan yang keji dan mungkar.
Ulama berpendapat bahawa solat itu sendiri boleh memelihara orang yang mengerjakan solat daripada perbuatan keji dan mungkar. Menurut ulama juga solat memelihara seseorang selama orang itu memelihara solatnya.. Marilah kita sama² memelihara solat kita..
Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 2: 238 maknanya : { peliharalah semua solat dan solat wusta. Dan laksanakanlah (solat) kerana Allah dengan khusyuk}
Konklusinya, Allah memerintahkan agar sentiasa solat kerana demikian itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
Solat adalah tiang agama.. Solat juga adalah amalan yang pertama yang akan dihitung oleh Allah..
#DakwahUntukIslamTerhebat
🎓 Naqibah Cahaya Mata
No comments:
Post a Comment