Friday, 12 February 2016

Tazkirah Subuh Usb - 07/02/2016

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏️ Tazkirah Subuh Usb - 07/02/2016

❤️ 28 RabiulAkhir 1437 Hijrah

📝 || Hadith Tidur Lepas Asar Jadi Gila? || Tidak ada riwayat yang thabit dan sahih tentang larangan tidur selepas Asar.
Masalah tidur selepas Asar termasuk perkara yang dibincangkan ulama' silam. Ada dua pandangan;

Pertama: Makruh.

Ini pandangan yang agak masyhur terutama dalam Mazhab Hanbali dan ia juga pandangan Imam Ahmad, Ibn Qudamah, Ibn Qayyim dan sebagainya. Mereka mengatakan ianya tidak elok untuk kesihatan, untuk kecergasan akal.

Kedua: Harus.

Ia merupakan pandangan yang masyhur juga memandangkan riwayat yang menyebutkan tentang hal ini tidak sahih. Antara yang mengamalkan tidur selepas Asar ialah Imam Laith Ibn Sa'ad, salah seorang Imam Besar dalam dunia Islam yang mana mazhabnya telah pupus ditelan zaman.

Bahkan beliau mengatakan:  لا أدع ما ينفعني بحديث ابن لهيعة عن عقيل "Aku tidak meninggalkan sesuatu yang bermanfaat bagiku hanya disebabkan hadith Ibn Lahi'ah daripada 'Uqail itu..." Yakni hadith larangan tidur selepas asar tersebut kerana ianya makruf diketahui Imam-Imam dizaman itu ianya dhaif.

Kesimpulan saya:

Berbalik kepada kaedah usul fiqh yakni asal sesuatu perkara dunia itu harus sehinggalah ada dalil (yang sahih) yang menegahnya.

Tidur selepas Asar diharuskan khususnya bagi mereka yang sangat memerlukan (sebagaimana larangan tidur selepas subuh yang pernah saya tulis di post lalu). Wallahua'lam.
__________

Ad-Dien Abdul Kadir
05/02/2016_Jumaat.

#DakwahUntukIslamTerhebat

🎓 Naqibah Cahaya Mata @ c/p

No comments:

Post a Comment