💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫
✏️Tazkirah Subuh USB - 04/01/2016
📝 Bukti Cinta Kepada Allah
Pekara utama yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana seseorang itu mencintai Allah melebihi yang lain. Apakah Bukti Cinta kita Kepada Allah melebihi yang lain. Dalam hal ini Allah menjelaskan dalam firman Allah s.w.t:
" katakanlah: ' Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah( ajaran) aku nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa kamu.' Dan Allah Maha Penagmpun lagi Maha Penyayang." (Surah Ali Imran 3: 31)
Berdasarkan ayat itu dapat dirumuskan bahawa:
🐝 Tanda Cinta kepada Allah, kita perlu ikut ajaran Rasulullah s.a.w.
🐝 Allah membalas cinta kita dengan memberi perhatian terhadap kehidupan kita.
🐝 Allah mengampunkan dosa kita yang tidak boleh elak daripada dosa..
Persoalannya sskarang, berapa ramai umat Islam yang melakasanakan ajaran Rasulullah ?? Berapa ramai pula umat Islam yang mengabaikan ajaran Rasulullah?? Malah ramai yang membenci sunnah Rasulullah.
Apakah dengan itu, kita boleh mendabik dada mengatakan kita Cinta Allah?? Kalau begitulah keadaannya sudah pasti Allah tidak akan membalas Cinta kita itu, apatah lagi mengampuni dosa yang bertimbun.
Jadi, kalau kita hendak membuat pengakuan cintakan Allah, pastikan tiada pengakuan palsu kerana asas cintakan Allah ialah sejauh mana kita mencintai Rasul. Kecintaan inilah yang menjadi ukuran keimanan umat Islam..
#DakwahUntukIslamTerhebat
🎓 Naqibah Cahaya Mata
No comments:
Post a Comment