💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫
✏️ Tazkirah Maghrib USB - 25/01/2016
❤️ 15 Rabiul akhir 1437 Hijrah
📝 Sifat Rasullulah saw
Cara Berjalan Rasulullah ﷺ
Abu Hurairah r.a. berkata:
"Tiada suatu pun yang pernah saya lihat lebih cantik daripada Rasulullah ﷺ; seolah-olah matahari beredar di wajahnya. Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang lebih cepat jalannya daripada Rasulullah ﷺ; seolah-olah bumi ini dilipatkan untuknya. Sesungguhnya kami perlu bersusah payah (mempercepatkan) langkah untuk mendapatkannya, sedangkan Baginda ﷺ tidak perlu melakukannya dengan susah payah."
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim
~ Dipetik dari kitab Syamail Nabi ﷺ, Sofa Production Sdn Bhd, Cetakan Kelima/Disember 2014
#KesempurnaanRasulullahﷺ
#DakwahUntukIslamTerhebat
🎓 Naqibah Nurul Hidayah Zainuddin
No comments:
Post a Comment