💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫
✏️ Tazkirah Maghrib Usb - 02/02/2016
❤️ 23 RabiulAkhir 1437 Hijrah
📝 Muhasabah Diri
Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Muaz b Jabal r a Baginda Nabi saw menceritakan.
Antara sebab-sebab amalan kita tidak diterima oleh Allah swt kerana di setiap lapisan langit akan ada Malaikat yang ditugaskan untuk check setiap amalan yang dilakukan oleh kita:
1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata. Hubbun Dunia
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.
Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:
1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.
Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah swt.
Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.
Marilah kita berusaha meningkatkan kualiti amal soleh kita agar ianya dterima oleh Allah swt & dimasa yang sama berusaha menjauhi perkara yang akan merosakkan amal soleh kita itu
URL
FDN YADIM
#DakwahUntukIslamTerhebat
🎓 Naqibah Nurul Hidayah Zainuddin
No comments:
Post a Comment