Friday, 12 February 2016

Tazkirah Isyak Usb - 12/02/2016

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏️ Tazkirah Isyak  Usb - 12/02/2016

❤️ 05 Jamadil Awal 1437 Hijrah

📝 "Jika qiam anda menyebabkan anda mengantuk dan tertidur ketika kuliah, maka yang perlu diubah itu sikap anda dan bukannya anda berhenti daripada qiam.

Jika dhuha anda menyebabkan anda hadir lewat ke kelas, maka yang perlu disusun itu masa anda dan bukannya meninggalkan dhuha.

Jika anda memberi alasan assignment anda tidak lengkap kerana menyertai program di dalam dan luar kampus, maka yang perlu diambil berat adalah waktu lapang anda dan bukannya tidak menyertai langsung program-program membina diri.

Jika tilawah anda semakin lama semakin tidak mengetuk pintu hati bahkan hati anda semakin keras, maka yang perlu diubah itu adalah penghayatan anda, dan bukannya anda mengabaikan tilawah seharian.

Masalah yang datang dalam hidup kita, kadang-kala bukanlah kerana faktor-faktor luaran,

akan tetapi kerana diri kita sendiri. Kerana hati kita yang tidak memahami."

C/P

#AksaraDakwah
#salamjumaatbarakah

#DakwahUntukIslamTerhebat

🎓 Naqibah Cahaya Malam

No comments:

Post a Comment