Thursday, 4 February 2016

Tazkirah Isyak- 23/11/15

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏️Tazkirah Isyak- 23/11/15

📝 Sifat orang beriman memang akan sentiasa diuji. Allah sendiri sudah berfirman dalam surah al-’Ankabut, ayat 2 yg bermaksud, "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu?". Jadi, apa-apa pun ujian yang Allah Ta’ala berikan kepada kita, terimalah. Jangan persoalkan kenapa Allah bagi ujian tersebut. Yakinlah bahawa ujian-ujian tu sebenarnya sebagai tanda perhatian Allah kepada kita. Yakinlah bahawa ujian-ujian tu juga sebenarnya adalah cara Allah untuk meningkatkan darjat kita di mata-NYA. Sabarlah. Bersangka baiklah dengan Allah. Allah tidak akan memberati seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya 😊

🎓Naqibah Hidayah Hamdan

No comments:

Post a Comment