💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫
✏️Perkongsian sirah: Srikandi Islam ( Ibnu Sirin )
Siapakah Ibnu Sirin ni ❓
Apa yg beliau lakukan❓
Pernah dengar kisah Ibnu Sirin ni❓
✨ JOM KENAL- KENAL ✨
Nama Sebenar : Muhammad bin Sirin
Seorang Tabi'in yg terkenal yang digelar " IBNU SIRIN "
Dilahirkan pada zaman pemerintahan Khalifah Othman bin Affan r.a.
Bapa beliau (Sirin) adalah merupakan seorang hamba yang dimiliki oleh Anas bin Malik seorang sahabat yang sangat terhormat, sebagai habuan di atas kemenangan pertempuran (Ain At-Tamr) iaitu nama sebuah negeri yang terletak di sebelah barat bandar Kufah yang berjaya dibuka oleh Khalid bin Al-Walid pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. Kemudian dia dimerdekakan semula oleh Anas.
Ibu beliau yang bernama Safiah adalah merupakan hamba perempuan kepada Abu Bakar As-Siddiq r.a. yang akhirnya dia juga turut dimerdekakan.
Bapa dan ibu beliau terkenal sebagai orang yang soleh dan memiliki budi pekerti yang baik.
Dalam soal beramal ibadah, Ibnu Sirin seorang ahli abid yg hebat
Beliau diberi keistimewaan oleh Allah Swt dengan kata- katanya yang mudah diterima orang
Andainya terdapat dua org bersengeta , mereka tidak akan mengambil masa panjang untuk berdamai andai di situ terdapat " Ibnu Sirin"
✨ CERITA KEBAIKAN ORANG ✨
Ibnu Sirin tidak pernah bercerita tentag aib atau keburukan orang lain. Jika ada orang menyebut kejahatan seorang yang lain dihadapannya, segera dijawab oleh Ibnu Sirin dengan menceritakan segala kebaikan orang yang diburukkan itu, menurut yang dia tahu.
Pernah dia mendengar seorang menghina HAJJAJ BIN YUSUF AS-THAQAFI " pada waktu itu sudah meninggal dunia. Semasa hidupnya, Hajjaj merupakan seorang gabenor yg ditakuti oleh rakyatnya.
Ibnu Sirin mendekati orang itu, seraya berkata, " Tahanlah lidahmu 👅. Hajjaj sudah kembali ke pangkuan tuhannya. Saat engkau datang kepada Tuhanmu kelak, engkau akan dapati dosa yang paling kecil yang engkau lakukan di dunia ini lebih engkau takuti daripada dosa yang dilakukan oleh Hajjaj. Masing2 kamu akan bertanggungjawab kepada dirinya sendiri.
"Allah akan menuntut Hajjaj ke atas kezalimannya. Namun Allah juga akan menuntut orang2 yg menzalimi Hajjaj. Maka jangan engkau sibukkan dirimu memaki dan mencela orang.
✨ MENYELAMATKAN SEORANG PENDUSTA ✨
Suatu ketika Ibnu Sirin didatangi seorang lelaki yang menuntut hutang daripadanya. Dia mendakwa Ibnu Sirin berhutang kepadanya sebanyak dua dirham. Dia menuntut Ibnu Sirin menjelaskan hutang tersebut.
Namun Ibnu Sirin enggan . Setahunya , dia tidak pernah berhutang apa-apa dengan lelaki itu. Maka tidak ada apa-apa yang perlu diberikan kepada lelaki penuntut hutang itu. Akhirnya, lelaki itu mendesak Ibnu Sirin bersumpah bahawa memang dia tidak pernah berhutang wang sebanyak dua dirham.
Ibnu Sirin menyanggupinya menyebabkan orang ramai kehairanan. Dia sanggup bersumpah hanya untuk dua keping wang dirham. Sedangkan dia pernah menolak pemberian tiga ribu dirham daripada kerajaan.
Ibnu Sirin menjawab " Saya bersumpah kerana saya tahu bahawa orang itu memang telah berdusta. Jika saya tidak bersumpah, bererti dia akan memakan barang yang haram."
Maksudnya, orang itu akan menerima wang dua dirham yang sebenarnya wang tersebut bukan miliknya.
Ibnu Sirin r.a. pernah dipenjarakan. Seorang pngawal penjara menawarkan peluang utk bebas kepadanya. Ibnu Sirin boleh pulang bertemu keluarganya pada sebelah malam, manakala keesokan harinya dia datang semula. Namun, Ibnu Sirin menolak. SubhanaAllah. Mulua sungguh Ibnu Sirin.
" Saya tidak mahu membantumu mengkhianati pihak pemerintah," kata Ibnu Sirin.
Jom jadi macam Ibnu Sirin. Seorang yg pendamai.
Jiwa tenang. Hidup berkat.
Wallahualam. Itu sahaja perkongsian sirah pd hari ini. Moga moga kisah Ibnu Sirin ini menyerap dalam hati kita semua.
Moga moga kita semua memperbaharui diri kita dari semasa ke semasa.
Mana yang baik jadi teladan. Yang tak baik tolak tepi.
#DakwahUntukIslamTerhebat
🎓Naqibah Hidayah Hamdan
No comments:
Post a Comment