Assalammualaikum wr.wbt..
Buat renungan bersama 👪
RIDHUAN TEE ABDULLAH - Sinar Harian - SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!
Pertama, bidang pekerjaan, Melayu tidak mahu lagi mencebur diri dalam pekerjaan yg agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cucu, tak glamour.
Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.
Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur dari program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.
Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Melayu asyik bergaduh, hasad dengki, iri hati, kianat. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah 3, tidak mungkin kita boleh memerintah.
Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.
Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram.
Kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.
Kelima, bidang ekonomi, 70% Ekonomi negara ini dikuasai oleh bukan Islam.
Maka tidak mustahil kita telah banyak memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari.
Keenam, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?
Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?
Ketujuh, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini?
Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.
Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert?
Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?
Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi utk berjemaah
Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.
Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renungkan sebelum terlambat.
Kiamat menurut Agama Islam ditandai dengan beberapa petanda yg kini semakin hari semakin menghampiri.....
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan
ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Allah berfirman :
"jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
No comments:
Post a Comment