Ketika membaca Fatihah, maka ia akan sedar bahawa segala pujian itu hanya milik Allah SWT, manusia tidak layak untuk menerima pujian. Jika ada pujian kepada manusia itu adalah pujian semata-mata, pujian palsu atau pujian kepura-puraan. Seterusnya akan sedar bahawa Yang Maha Raja di alam jagat raya ini adalah Allah SWT. Dia akan sedar bahawa Allah SWT yang mentadbir seluruh alam jagat ini.
No comments:
Post a Comment