Saturday, 7 November 2015

Cerita Motivasi Untuk Iman

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫
✏ Cerita Motivasi Untuk Iman
📯 06/11/2015
📝 Rahasia Kebun Yang Subur
Pada suatu hari , seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abu Qalabah sedang bersiar - siar . Tiba - Tiba , beliau melihat segumpulan awan berarak meuju ke suatu tempat . beliau terdengar suara yang berkata . "Siramkan air di kebun itu." Beliau berasa tertarik dan cuba mengekori awan itu.
Awan itu .terus berarak hinggalah ktiba ke sebuah tkebun . Awan itu segera menurunkan hujan dengan lebatnya . Tidak lama kemudian , hujan pun berhenti . Abu Qalabah segera mencari tuan punya kebun itu . Selepas puas mencari , akhirnya berjumpa . Abu Qalabah pun memberi salam dan memperkenalkan diri . Sesudah itu , beliau pun membuka pintu dan bercerita mengenai awan itu .
"Apakah yang saudara lakukan selama ini sehinggakan di tempat yang kering ini kebun saudara subur dan sering disirami hujan.?" Tanya Abu Qalabah .
Lelaki itu menarik nafas panjang apabila mendengar pertanyaannya . Dia berasa rendah diri kepada Tuhan yang memberikannya rezeki selama ini . "Saya hanya berterima kasih kepada Tuhan . Apabila Tuham memberikan hasil pertanian saya , saya akan membahagi-bahagikan kepada tiga bahagian . Pertama , saya memberikan kepada fakir miskin . Kedua saya berikan kepada diri saya dan keluarga saya . Dan ketiga , saya membuat modal pusingan pertanian saya," Kata Lelaki Itu...
Allah Hu Rabbi..
Anda sendiri akan dapat pengajarannya selepas membaca cerita ini..Wallahua'lam..Emotikon smile
🎓 Admin Farhan / Salam Hadrah

No comments:

Post a Comment