السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Kita mulakan usrah hari ini dgn umul kitab Al-fatihah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

So sebelum kita pergi part yang seterusnya..di harap semua ahli bertenang dulu... astaghfirullahalAzim (3x) ... macam mana iman kita
harap semakin sado ya
.
Buat Slogan dulu
🏻 Jaga relay kita dengan Allah & makhluk ciptaan-Nya
🏻Jaga apa yang patut dijaga
🏻Tinggalkan apa yang patut ditinggalkan
🏻
Buat Slogan dulu
" bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala terbaik (syurga) dantambahannya.."
[Yunus: 26]
[Yunus: 26]
KENIKMATAN SYURGAWI
Syurga ibarat negeri pahala dan kenikmatan abadi. Di dalamnya terdapat segala yg tidak pernah dipandang mata, didengar telinga atau dirasakan hati . Di dalamnya terdapat bidadari yg muda , beraneka makanan, buah-buahan, sungai-sungai yang bening, susu , madu , arak yg mengalir, tempat tidur dari sutera, emas, permata dan sebagainya.
Allah telah mengisyaratkan hal ini dalam firmannya :
" perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa ialah seperti taman yang mengalir sungai-sungai di dalamnya , buahnya tidak pernah berhenti, sedang naungannya demikian pula. Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedangkan tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka . "
[Al-Ra'd: 35]
[Al-Ra'd: 35]
Gambaran ttg keadaan syurga dinyatakan dalam ayat yang bermaksud:
" apakah perumpamaan ( penghuni ) syurga yg dijanjikan kpd orang yg bertakwa yg di dalamnya ada sungai-sungai dari air yg tidak berubah rasa dan baunya , sungai air susu yg tidak berubah rasanya, sungai arak yang lazat dan sungai-sungai madu yang disaring; dan mereka memperolehi di dalamnya segala jenis buah-buahan dan keampunan dari Tuhan mereka. "
Muhammad:15)
Muhammad:15)
Rasulullah telah menyatakan ttg syurga yang penuh kenikmatan ini dalam hadisnya yang berikut.
Abu Hurairah r.a. berkata: " aku bertanya kepada Rasulullah tentang binaan syurga itu ? Baginda menjawab : ia diperbuat dari batu bata perak dan emas , sedangkan pelekatnya adalah kasturi yang wangi, batunya dari mutiara dan permata yaqut, sedangkan debunya adalah za'faran ( sejenis kunyit ) . Barang siapa yang memasukinya, dia akan senang dan berkekalab dalamnya, pakaiannya tidak pernah kotor dan masa mudanya tidak pernah lenyap. "
( riwayat Ahmad,Darami,Bazaar,Ibnu Hibban dan Tirmidzi )
( riwayat Ahmad,Darami,Bazaar,Ibnu Hibban dan Tirmidzi )
Abu Hurairah berkata bahawa, nabi s.a.w bersabda, maksudnya
" Rombongan pertama yang masuk ke dalam syurga laksana bulan purnama disusuli oleh rombongan kedua laksana bintang kejora di angkasa. Mereka tidak kencing dan buang besar, tidak meludah dan berhingus . Sikatnya dari emas, keringatnya kasturi , sedangkan dapur arangnya dari kayu . Isteri-isteri mereka ialah para bidadari . Mereka mmliki akhlak yg sama , dengan rupa yg seragam, seperti ayah mereka Adam a.s yg tingginya 60 hasta . "
(Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmizi, dan Ibnu Majah)

Abu Razin al-Uqaili berkata bahawa Nabi bersabda , maksudnya: " penduduk syurga tidak mempunyai anak . " . Para ulama berikhtilaf ttg ini shingga ada yg menyatakan bhw di syurga manusia dapat bersetubuh , ttp x melahirkan anak.
PINTU SYURGA
ayat al-Quran bermaksud :
" .... sehingga apabila mereka sampai ke syurga, semua pintunya telah terbuka..."
[Al-Zumar: 73]
[Al-Zumar: 73]
Dtafsirkan sebahagian ulama bhw syurga itu mempunya lapan pintu. Ini diperkuat dgn hadis riwayat Muslim dari Umar bin Khathab r.a. yg menyatakan bhw rasulullah bersabda , maksudnya:
" jika salah seorang antara kamu berwuduk dgn sempurna, kemudian membaca dua kalimah syahadah, akan dibuka baginya pintu syurga yang lapan dan dia boleh memasuki mana2 pintu yang dia kehendaki "
Sebahagian ulama menentukan nama2 pintu tersebut sesuai dengan hadis muwatha', sahih Bukhari Muslim dan dari Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda:
" barang siapa bersedekah kpd dua isterinya di jalan Allahb, maka dia akan diseru ke syurga ; ' wahai Abdullah , ini ialah suatu kebajikan .' Jika dia seorang yang taat bersolat , maka dia akan diseru dari pintu solat . Jika dia ahli jihad , maka dia akan diseru dari pintu jihad . Jika dia suka bersedekah , maka dia akan diseru dari pintu sedekah . Jika dia suka berpuasa, maka dia akan diseru dari pintu puasa. Kemudian Abu Bakar berkata: ' Wahai Rasulullah, seseorang tidak akan diseru dari pintu ini kerana darurat . Adakah seseorang yang dipanggil dari semua pintu itu ? ' Rasul menjawab ; 'Ya dan aku engkau . " (Riwayat Muslim)

Imam Qadhi Iyadh menyatakan bhw Imam Muslim telah menyebut dalam hadis ini empat pintu syurga, sedangkan imam2 yg lain telah menambahkannya menjadi lapan iaitu pintu taubat , pintu Kazhimin al-Ghaizh, pintu ar-Radhiin dan pintu aiman ( golongan kanan ). Selain itu, Abu Abdillah at-Tarmidzi dalam kitab Nawaadirul Ushuul menyebutkan adanya pintu Muhammad s.a.w yg terdiri dari pintu rahmat dan pintu taubat . Ia dibuka sejak diciptakan Allah hingga hari akhirat kelak.
Ada sepuluh org yg dijamin masuk syurga iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali , Talhah bin Ubaidillah , Zubair al-Awwam, Saad bin Abi Waqash , Said bin Zaid, Abdurahman bin Auf dan Abu Ubaidah bin Jarrah r.a.
ORANG YANG MASUK KE DALAM SYURGA TANPA HISAB
Imran bin Hussain r.a berkata bhw Nabi bersabda:
" ada 70,000 umatku akan masuk syurga tanpa hisab. Para sahabat bertanya: " siapakah mereka?" Nabi menjawab: " mereka ialah orang yang tidak beristirqa' (meminta pengubatan dengan cara jampi, tidak bertahayur ( menggantung nasib kepada burung yang terbang) , tidak melakukan pengubatan dgn cara membakar bhagian yg sakit dengan besi membara dan orang yang bertawakal kepada Tuhan mereka "
(Riwayat muslim)
(Riwayat muslim)
Abu Umamah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
" tuhanku telah berjanji akan memasukkan umatku ke syurga sebanyak 70,000 org tanpa hisab dan azab, setiap 1000 disertai 70,000 lainnya dalam toga undangan dari undangan Tuhanku "
( riwayat Tirmidzi. Katanya, hadis gharib sebagaimana diriwayatkan Ibnu Majah )
( riwayat Tirmidzi. Katanya, hadis gharib sebagaimana diriwayatkan Ibnu Majah )
Yazid bin Harun dari Daud bin Hindun dari Syaabi dari Ibnu Abu Laila dari Abu Ayub al-Ansari r.a berkata bhw Nabi s.a.w pernah bersabda , maksudnya: " satu masalah yang dipelajari oleh seseorang mukmin jauh lebih baik dari setahun ibadah dan lebih baik dari memerdekakan hamba keturunan ismail. Sesungguhnya orang yang menuntut ilmu , isteri yang mentaati suaminya dan anak yg berbakti kpd ibu bapanya akan masuk syurga tanpa hisab . "
ORANG YANG HARAM MASUK SYURGA
Abdullah bin Umar r.a berkata bhwa Rasulullah bersabda , maksudnya
" tiga orang yang diharamkan masuk syurga Allah ialah peminum arak , penderhaka kpd ibu bapa dan lelaki yang membiarkan isterinya atau wanita dari keluarganya berbuat zina . "
( riwayat Nasa'i , Bazar dan Hakim )
( riwayat Nasa'i , Bazar dan Hakim )
Abu Hurairah berkata bahawa Nabi bersabda :
" empat orang yang berhak bagi Allah untuk tidak memasukkanya ke syurgavdan tidak akan menikmati nikmatnya ialah peminum arak , pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan orang yang derhaka kepada ibu bapa ."
Dari said bin Zaid , bhwa nabi s.a.w bersabda , maksudnya:
" orang yang menyebarkan riba beerti melanggar kehormatan seorang muslim tanpa hak. Barang siapa memutuskannya , maka Allah akan mengharamkannya masuk ke syurga "
Usaha kita untuk berbuat kebajikan di dunia agar mndapat keuntungan di akhirat iaitu syurganya bergantung kpd diri kita sendiri.
sebagai penutup, kita baca sebuah doa dari rasul , agar kita selamat dari neraka dan menuju syurga yang penuh kenikmatan.
" ya Allah , aku memohon kpd-Mu amal-amal yang mendatangkan rahmatMu dan keteguhan maghfirahMu, keselamatan dari segala dosa , keberuntungan dari setiap kebajikan , aku memohon kpdMu kemenangan meraih syurga dan aku selamat dari api neraka "
[ book : Pembuka Jalan-Jalan Ke Syurga by Muhammad Juha Aziz ]
Jom kita tutup usrah ngn tasbih kaffarah dan surah wal-asr.
tasbih kaffarah 
SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANAKALLAHUMMA WABIHAMDIKA ASYHADU ALLAA ILAHA ILLA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUUBU ILAIK
Maksudnya
Maha suci engkau ya Allah tuhanku! Dengan memuji Engkau, tidak ada Tuhan melainkan Engkau dan aku memohonkan keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.
Maksudnya
Maha suci engkau ya Allah tuhanku! Dengan memuji Engkau, tidak ada Tuhan melainkan Engkau dan aku memohonkan keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.
وَالْعَصْرِ
1. Demi Masa!
1. Demi Masa!
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْر
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment