Monday, 26 October 2015

Tazkirah Subuh Usb - 17/10/2015

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏ Tazkirah Subuh Usb - 17/10/2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
🌿🌾السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته🍃🍂
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr buat calon penghuni Syurga NYA
🍃Hadith:-
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
" مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ ،
Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahim,
إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ
kecuali Allah akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara berikut:
إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ،
(1) Akan disegerakan doanya itu,
وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ ،
(2) ditangguhkan ke hari Akhirat,
وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا " ،
(3) dijauhkan keburukan semisalnya daripada orang yang berdoa.
قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ ؟ ، قَالَ : اللَّهُ أَكْثَرُ .
ara sahabat bertanya: Oleh kerana itu, kami perlu banyak berdoa? Baginda menjawab: Demi Allah, perbanyakkanlah.
[Musnad Ahmad, Musnad Abu Sa’id al-Khudri, hadis no: 10921, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya jayyid]

🎓 Admin Farhan / Salam Hadrah

No comments:

Post a Comment