Monday, 26 October 2015

Tazkirah Isyak Usb - 18/10/15

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏Tazkirah Isyak Usb - 18/10/15

📝Tak perlu ujub, takabbur kita student agama atau budak tahfiz, penghafaz kalamnya, sdgkan hafazan masih ' errr. Err' lagi 😅. Amalan wajib pun koyak sini sana. Hidupkan sunnah sekali sekala ( kalau ada ). Ilmu agama pun ciput je tak seberapa. Serban, kopiah, niqab, purdah bukan jaminan ke Syurga. Kerana asas iman itu taqwa. And, taqwa itu pulak rahsia jiwa. Org nmpak part baik je, padahal Allah tutup aib kita.
Kita dipilih utk didalami agama. Bukan buat modal berbangga dan ajetjet. ' Sebaik - baik menantu ' serta hashtag #anahafazberjuzukjuzuk. Atau pandang down kat budak 'Aku,Kau'. Mentang2 laaa kita speaking ' Ana, Enti'. Hanya Allah ja yg tahu apa yg tergambar di hati.
Allah cipta kita pakai goal yg sama sambung perjuangan nabi. Cuma mungkin dalm bidang n style sendiri. 'Tidak hilang dari dirimu penyakit takabbur selagi wujud dlam hati sifat merasa diri lebih baik dr orang lain ' 😊.
Wallahualam. Sekadar nak tembak diri sendiri dan kalian semua guna senapang tarbiyah 🔫. Moga bermanfaat

#DakwahUntukIslamTerhebat

🎓Naqibah Hidayah Hamdan

No comments:

Post a Comment