Thursday, 4 February 2016

Tazkirah Subuh Usb - 16/11/2015

💫 Usrah Sinaran Bahagia 💫

✏️ Tazkirah Subuh Usb - 16/11/2015

📝 Lima peringkat solat

1. Peringkat pertama:
Disinilah terletaknya orang yang tidak menjaga waktu solat, tidak menjaga wuduk, tidak menjaga rukun2 solat yg zahir. Tidak ada khusyu. Mereka ini akan mendapat hukuman keras atas solatnya sebgaimana disepakati ulama.
2. Peringkat kedua:
Disinilah terletaknya orang yg menjaga waktu solat, menjaga wuduk dan rukun2 solat yg zahir. Namun solat mereka lalai dan tidak khusyuk. Mereka ini akan dihisab solatnya.
3. Peringkat ketiga:
Di peringkat ini orang yg menjaga waktu solat, menjaga wudhuk dan juga rukun2 solat. Terbit sedikit khusyuk dlm hati mereka. Mereka ini akan tertutup kekurangannya.
4. Peringkat 4:
Orang2 yg menjaga waktu solat, menjaga wudhuk, menjaga rukun2 solat dengan khusyuk. Ini merupakan peringkat yang sangat tinggi, dan memperoleh pahala penuh.
5. Peringkat kelima:
Peringkat ini utk mereka yg menjaga waktu solat, wudhuk, rukun2, dan kekhusyukan. Mereka juga menyerahkan sepenuh jiwa raga mereka kepada Allah swt. Semasa solat seperti tidak berada di dunia dan hati mereka tidak terkait dgn dunia. Hati mereka sepenuhnya dgn Allah swt. Inilah maksud ucapan Rasulullah "puncak kebahagiaan terletak dalam solat". Mereka sangat dekat dgn Rabb.

Petikan Madarijus Salikin, ibnu Qayyim.

🎓 Ustaz Dr Farhan Hadi

No comments:

Post a Comment