Sunday, 27 September 2015

Tazkirah Subuh

๐Ÿ’ซ Usrah Sinaran Bahagia ๐Ÿ’ซ
✏ Tazkirah Subuh Usb

๐Ÿ“ Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

Surah Al Waqiah ayat 7 -24

๐ŸŽ“ Ustaz Dr Farhan Hadi

Saturday, 26 September 2015

Pengenalan Usb

Nama Ngo : Ukhwah Semakin Berkembang ( USB )

Nama Team Usrah : Usrah Sinaran Bahagia ( USB )

๐Ÿ”ฎ Pengenalan USB

๐Ÿ“ฏ Ditubuhkan Oleh Mohamad Nurfarhan Bin Mohd Sukri
๐Ÿ“ฏ Mula Ditubuhkan Pada 24/12/2014
๐Ÿ“ฏ Bermula Daripada 1 Group
๐Ÿ“ฏ Sekarang Sudah 9 Group
๐Ÿ“ฏ Beroperasi Sepenuhnya Di Whatsapp
๐Ÿ“ฏ Dibantu Oleh Beberapa Orang Admin Dan Para Naqibah

๐Ÿ“ฏ Mempunyai Beberapa Orang Vip Tetap Iaitu :

๐ŸŽ“ Ustaz Dr Farhan Hadi
๐ŸŽ“ Ustazah Fatimah Syarha
๐ŸŽ“ Dai'e Dayana ( Tv3 )
๐ŸŽ“ Dai'e Hilman ( Tv3 )

๐Ÿ“ฏ Bergerak Aktif Dengan Program2 Kemasyarakatan & Ilmiah Di Luar
๐Ÿ“ฏ Dilantik Sebagai Biro Dakwah Di Masjid Asy Syakirin Klcc
๐Ÿ“ฏ Pernah Membuat Program Di Masjid Asy-Syakirin Klcc Yang Dikenali Sebagai Program C.I.N.T.A Pada 29/11/2014

๐Ÿ“ฏ Matlamat Penubuhan : Memperluaskan Dakwah Dengan Pelaksanaan Program Luaran Dan Dalaman
๐Ÿ“ฏ Moto : Usaha Sistematik Berjaya
๐Ÿ“ฏ Visi : Memperbanyakkan Umat Islam Menyedari Akan Pentingnya Penerusan Dakwah
๐Ÿ“ฏ Misi : Memperlebarkan Dakwah Sehingga Ke Asia Tahun 2020
๐Ÿ“ฏ Trademark 1 : Usrah & Ukhwah , Ummah Tak Akan Rebah !
๐Ÿ“ฏ Trademark 2 : #DakwahUntukIslamTerhebat (DUIT)